Bagi menyahut dan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 -2025), isu prestasi sekolah mesti ditangani segera secara bijaksana di sekolah ini dan memerlukan kerjasama serta komitmen bersepadu pelbagai pihak. Kekuatan sekolah ini adalah semangat kerja sepasukan guru-guru dan staf pejabat juga bantuan dan sokongan yang kukuh daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, PIBG, PPD dan rakan strategik seperti DBKL, Klinik Kesihatan Daerah, Bomba, JKR dan komuniti setempat. Selain itu, barisan guru sekolah yang terdiri daripada pentadbir yang berpengalaman, Jurulatih Utama Kebangasaan subjek Bahasa Melayu, guru-guru pemeriksa kertas peperiksaan awam serta guru-guru berpengalaman diharapkan menjadi pemangkin dalam meningkatkan kemenjadian murid serta sekolah berkualiti. Kemudahan TMK dan ICT sekolah turut dapat membantu meningkatkan PdPc guru-guru di sekolah dan PAK-21 melalui program Genosis yang telah dilaksanakan sejak tahun 2018 diharapkan menjadi faktor yang memberi kesan secara langsung kepada peningkatan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025
Gelombang Pertama
(2013 -2015)
Penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program. peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah .
Gelombang Kedua
(2016-2020)
Perubahan struktur sistem pendidikan dengan 450,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu. Kementerian Pendidikan distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
Gelombang Ketiga
(2021-2025)
Memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dibina berasaskan enam tunjang iaitu, Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains, dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif
serta inovatif. Kurikulum Pendidikan Seni Visual digubal berasaskan enam tunjang seperti yang terdapat dalam rajah di bawah.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam SK. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:
1. Bahasa Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.

2. Kelestarian Alam Sekitar Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran. Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam.
3. Nilai Murni Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya. Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.
4. Sains dan Teknologi Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Pengintegrasian sains dan teknologi dalam PdP merangkumi empat perkara iaitu:
- Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi).
- Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu).
KEMAHIRAN ABAD KE-21
Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid supaya berupaya bersaing di peringkat global seperti dalam Jadual 2.
Penguasaan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam kurikulum Pendidikan Moral boleh menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid.
Jadual 2 : Profil Murid PROFIL MURID Berdaya Tahan Mahir Berkomunikasi Pemikir PENERANGAN Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan empati. Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi. Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika.
Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai murid. Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baru. Kerja Sepasukan Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Mereka menggalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap anggota pasukan. Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif dan ini menjadikan mereka pemimpin dan anggota pasukan yang lebih baik.