Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)

Pengenalan

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa  (KISB) SMKKW adalah jawatankuasa kerja yang diwujudkan di bawah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Peranan

KSIB berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah, alumni, komuniti, agensi awam dan swasta. Mereka juga berperanan membantu PIBG bagi mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor awam secara meluas.

Objektif

  • Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.
  • Mewujudkan sokongan berterusan terhadap aktiviti pembelajaran anak.
  • Membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran berpandukan Perlembagaan PIBG sedia ada (di dalam dan di luar bilik darjah).
  • Menjadi pengantara (mediator) antara ibu bapa dengan pentadbir sekolah dalam menangani isu atau permasalahan murid dengan memahami proses pembelajaran (kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan potensi murid, disiplin dan lain-lain).
  • Membantu pihak sekolah dalam aspek perkongsian maklumat, pandangan, sumber dari segi pembangunan, keselamatan, kebajikan, kewangan dan tanggungjawab sosial.
  • Memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa hasil penglibatan mereka di sekolah akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak-anak.
  • Menjadikan ibu bapa merasakan mereka sebagai rakan kongsi strategik di sekolah dalam membantu pembelajaran anak.

Biro

  • Biro-biro yang ditubuhkan di bawah AJK PIBG untuk SMKKW adalah seperti berikut:
    • Biro Akademik
    • Biro 3K
    • Biro Kokurikulum
    • Biro Prasarana
X