Fokus Pusat Sumber Sekolah
Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini.
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
- a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1983: Perpustakaan Sekolahbertarikh 27 Disember 1983
- b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca 1988bertarikh 20 Januari 1988
- c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membacabertarikh 22 Mei 1998
- d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS)bertarikh 20 April 2000
- e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeribertarikh 19 November 2001
- f) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaranbertarikh 28 Julai 2003.
- g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005
- Program Galakan Membaca
Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.
Bagi memantapkan program galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
- Literasi Maklumat
Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.
Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
- Pentafsiran maklumat
- Penghasilan produk yang berkualiti
- Pembelajaran kendiri
- Penglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerj
- Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika
Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti berikut:
- Kemahiran belajar secara kendiri
- Kemahiran bekerjasama
- Kemahiran merancang
- Kemahiran mencari dan mengumpul
- Kemahiran memilih dan mentafsir
- Kemahiran menyusun dan merekod
- Kemahiran komunikasi
- Kemahiran menilai
Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :
- modular
- integrasi / merentas kurikulum