SMK KERAMAT WANGSA
JALAN TAMAN SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR
PERATURAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
- MURID LELAKI
Bil | Perkara | Catatan |
1 | Baju Sekolah | Kemeja berwarna putih berlengan pendek atau panjang. Sekiranya berlengan panjang, lengan baju perlu di kancing. Baju dimasukkan kedalam seluar |
2 | Baju Melayu | Baju Melayu lengkap berkolar “ cekak musang “ bersampin dan bersongkok hitam pada hari Jumaat. Baju Melayu dimasukkan ke dalam samping |
3 | Tag Nama | Dipakai dibahagian kiri dada dan di atas lencana sekolah |
4 | Seluar Sekolah | Seluar panjang warna hijau kehitaman(Dark Olive). Seluar yang singkat,ketat,sempit,terlalu longgar,berkaki lebar dan plit tidak dibenarkan. Ukur lilit kaki seluar tidak melebihi 16.5 inci atau 42cm. |
5 | Tali Pinggang | Lebar kepala tali pinggang tidak melebihi 3.5 cm . Hanya tali pinggang kanvas hijau kehitaman yang dibenarkan. |
6 | Tali Leher | Hanya tali leher sekolah sahaja dibenarkan |
7 | T-Shirt PJK | Warna maroon berkolar |
8 | Seluar PJK | Seluar panjang Track-bottom berwarna hitam. Longgar dan tidak ketat boleh dibeli di koperasi. |
9 | Kasut dan Stokin | Kasut kanvas atau dari bahan sintetik berwarna putih dan stoking putih atau kasut hitam dan stoking hitam melepasi buku lali.
( Pekeliling Ikhtisas Bil 3 / 1983 para 2.6 ) |
10 | Lencana | Dilekatkan di sebelah kiri dada pada poket baju |
- MURID PEREMPUAN
B | Perkara | Catatan |
1 | Baju Kurung dan kain sarung | Baju Kurung Johor berwarna putih melebihi paras lutut dan kain sarung berwarna turquoise. Baju yang jarang,nipis ,berjalur atau berkilat tidak dibenarkan. Perlu memakai camisole (anak baju) berwarna putih atau skin colour. Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali di dalam makmal atau bengkel. Kain sarung dipakai kemas, disusun tepi tidak melebihi buku lali. |
2 | Tag Nama | Dipakai dibahagian kiri dada dan di atas lencana sekolah. |
3 | Telekung Mini / Tudung | Berbentuk tiga segi dua sama berwarna putih sahaja. Berfesyen dilarang. Anak tudung berwarna putih. ( Rujuk Buku Peraturan Disiplin m/s 15-19) |
4 | Tali Leher | Hanya tali leher sekolah sahaja dibenarkan ( bagi pengawas). Tanpa sebarang hiasan. |
5 | T-Shirt dan seluar PJK | Baju maroon berkolar lengan panjang. Seluar panjang Track-bottom berwarna hitam, longgar dan tidak ketat. Boleh dibeli di koperasi. |
7 | Kasut dan Stokin | Sama seperti murid lelaki |
8 | Lencana | Dilekatkan di bahagian kiri tudung |
Note : Rujuk Buku Peraturan Disiplin (Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)