Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa merupakan salah sebuah sekolah menengah kebangsaan milik kerajaan yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Sekolah satu sesi ini memulakan operasi persekolahan pada 13 Jun 2017 bagi memberi kemudahan pendidikan kepada anak-anak di beberapa kawasan perumahan yang berhampiran. Hari pertama sesi persekolahan bermula dengan pendaftaran 96 orang murid iaitu 54 murid Tingkatan Satu dan 42 murid Tingkatan Dua yang diagihkan kepada tiga kelas setiap Tingkatan.

Pengetua pertama sekolah ialah Encik Abdul Halim bin Musa yang telah dilantik sebagai “Caretaker” pada 16 November 2016 dan seterusnya mendapat surat pelantikan sebagai pengetua sekolah pada 24 April 2017. Penyerahan bangunan SMK Keramat Wangsa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dilaksanakan pada 15 Mac 2017 manakala sijil daftar sekolah adalah bertarikh 14 April 2017.

Pengetua kedua sekolah ialah Encik Mustafa Kamal bin Musa yang telah dilantik pada 12 Disember 2019 selepas Encik Abdul Halim bin Musa dilantik sebagai pengetua SMK Seri Ampang.

Sehinga kini (September 2020), sekolah kita telah mencapai 521 orang murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Terdapat juga 22 orang murid Program Pendidikan Khas Integarasi(PPKI).

Visi KPM & Sekolah

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

Misi KPM & Sekolah

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Moto Sekolah

Kreatif dan Inovatif

Piagam Pelanggan

Murid

  • Memastikan murid belajar dalam suasana selamat dan kondusif
  • Memastikan pembangunan kerohanian dan kebajikan semua murid diutamakan
  • Memastikan semua murid mendapat pengajaran dan pembelajaran berkualiti
  • Memastikan semua hasil kerja murid disemak dengan teliti dalam jangka masa yang ditetapkan
  • Memberikan khidmat kaunseling kepada murid yang memerlukan.
  • Semua murid mendapat satu kerusi, satu meja dan satu set buku teks SPBT pada hari pertama persekolahan bermula.
  • Kes disiplin akan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bekerja.
  • Setiap murid terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S) bagi setiap tahun persekolahan.
  • Memberi peluang kepada semua murid mencapai kecemerlangan dalam sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Guru dan AKP

  • Memastikan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) mendapat latihan untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme mereka sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
  • Memastikan kebajikan guru dan AKP diberi keutamaan.
  • Menyediakan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang kondusif.
  • Memastikan semua guru berada di dalam kelas sewaktu PdPc mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Ibu Bapa / Penjaga

  • Sedia memberi khidmat kaunter yang mesra dalam tempoh 10 minit.
  • Menyelesaikan aduan ibu bapa dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Memastikan pencapaian akademik murid disampaikan kepada ibu bapa/ penjaga selepas selesai peperiksaan.
  • Mengadakan sesi dailog prestasi bersama ibu bapa sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tagline Sekolah

"One Team One Dream towards Success"

X